Powered by Blogger.
Share

Lagenda Berulang: Singapura diLanggar Todak 2013

7.6.13

Todak Singapura
Rangka ikan todak di Museum of National History, Washington, D.C. Habis tinggal rangka dibarbecue oleh orang Singapura lama.
Halnya sebuah citer di zaman dulu-dulu, ketika pulau Singapura masih dibawah raja Melayu (sekarang raja itu China), telah diserang dengan ikan todak yang sungguh banyak ekornya sehingga ramai penduduknya yang tinggal atau berjalan-jalan atau berlari-lari anak di tepi pantai mati dek dirodok ikan-ikan todak ini.

Raja ketika itu yang bangsanya Melayu (sekarang raja itu China), gundah gulana. Sedih pun iya, pikiran buntu pun iya. Pikir punya pikir, atau mungkin dari buah pikiran penasihat-penasihat (sekarang: punasihat-punasihat) yang juga pikir punya pikir, Raja pun memerintahkan rakyatnya berkubukan betis di pinggir pantai. Apa? Betis? Ya, betis rakyat dijadikan umpan. Tidak pasti, samaada betis askar, atau rakyat sukarela. Habislah ramai betis-betis rakyat dirodok Todak dan berlumuranlah darah dengan banyaknya di pinggir pantai lalu dicuci dengan belaian ombak seperti saputangan menyapukan air-mata di permukaan pipi pantai.

Setelah ramai nyawa terkorban, kemaraan  dan kegilaan Todak tidak reda-reda juga, seperti mereka mahukan sesuatu dan belum dapat lagi - mungkin kuasa mutlak atau jabatan Perdana Menteri. Pendek kata, mereka tak putus-putus dahagakan darah.

Memang dalam musibahlah selalu datang rahmat. Muncul seorang anak kecil berumur tujuh tahun bernama Hang Nadim yang otak logiknya melebihi raja dan punasihat-punasihat raja yang walaupun dah dewasa dan matang, tak tau pulak mana letaknya minda mereka. Mungkin di lutut.

Hang Nadim tanpa segan-silu menghadap Raja dan mencadangkan daripada betis-betis gebu yang habis hancur dirobek Todak, kan lebih baik kalau pantai dikubukan batang pisang? Batang pisang? Ya, batang pisang. Biarkan jongor mereka terlekat di batang pisang. Todak terperangkap, bolehlah rakyat Singapura menyiang mereka, buat kenduri dan barbecue di tepi pantai. Tiada nyawa terkorban, dan rakyat pun kenyang berbulan-bulan. Todak tak sedar diri, ada domain sendiri pergilah cari makan kat sana, ni kacau tanah daratan orang. Nah amek kau batang pisang.

Raja pun tersipu-sipu, idea punya simple pun tak boleh pikir sendiri, tapi kerana dia masih ada sifat merendah diri, dicedok juga idea si budak kecik Hang Nadim yang akhirnya berjaya menyelamatkan negeri Singapura.

Pendekkan citer, penasihat-penasihat (sekarang punasihat-punasihat) pulak yang cemburu dan mula menghasut Raja. Kalau budak mentah tujuh tahun boleh ajar raja dan menteri-menteri season cara memerintah, apa kan jadi 10, 20, 30 tahun dari sekarang? Habis pangkat menteri dikebasnya, habis tahta raja dirampasnya. Raja yang merendah diri tadi pun berubah menjadi firaun. Manusia yang berbakti kepada negeri dan rakyat (dan raja kerana save-facekan dia dengan batang pisang) dijatuhkan hukuman lemas sampai mati, diikat dan dibuang ke laut hidup-hidup. Tak taulah jka todak-todak ada menunggu di bawah. Hanya Hang Nadim yang tahu.

Soalan cepumas dari Lagenda Singapura dilanggar Todak yang berulang ni:

Kalau dulu batang pisang, sekarang apa?

Read more...

KEMPEN SAMPAI BILA2 BELI BARANGAN ISLAM - SENARAI PENTING

6.6.13

Kuatkan Ekonomi Islam.



Senarai Barangan Syarikat Melayu ISLAM. Beli dan Gunakanlah yang Halal dan Suci tanpa was-was! Elakkan daripada membeli produk2 berikut kerana kesemuanya menyumbang kepada DAP dan pemusnahan produk Melayu-Bumiputera:
1. Roti GARDENIA
2. BIHUN JATI BERNAS
3. Minyak Masak TIARA
4. Minyak Masa SAJI
5. Susu Pekat Manis SAJI
6. Susu Cair Manis SAJI
7. Mee Segera SAJIMEE SAJI
8. Mayonis SAJI MAYO SAJI
9. Marjerin PELANGI
10. Sos Cili PELANGI
11. Sos Tomato PELANGI
12. Jem Mentega SUNBEAR
13. Sardin AGROMAS
14. Sardin PERTIMA
15. Kopi HANG TUAH
16. Bihun SUFI
17. Mi Kuning SUFI
18. Kuey Teow SUFI
19. Garam SUFI
20. Sos Lada Hitam SUFI
21. Sos Cili/Tomato SUFI
22. Kicap Masin/Manis SUFI
23. Tepung Goreng SUFI
24. Minyak Masak SUFI
25. Telur CAP SUFI
26. Ubat Gigi NAJWA
27. Ubat Gigi HALAGEL
28. Garam HALAGEL
29. Tepung Gandum CAP BIDARA
30. Tepung Gandum FAIZA
31. Jus Minuman SAFINA
32. Syampu D'HERBS
33. MYDIN
34. MYMART
35. BIHUN KAMPUNG
36. Barangan keluaran Sime Darby
37. Barangan keluaran Felda
38. TESCO Malaysia

39. Kedai 1Malaysia
40. Gula CST
41. Gula GPT
1. Tepung Gandum CAP SAUH
2. Minyak Masak SERI MURNI
3. Nugget ayam SERI MURNI
4. Nugget MARINA
5. Sardin Marina
6. Sos Cili AMINAH HASSAN
7. Sos Tomato AMINAH HASSAN
8. Bihun AMINAH HASSAN
9. Roti MASSIMO
10. POWER ROOT ALI CAFE
11. POWER ROOT OLIGO CEREA
12. POWER ROOT 9SPOT ISOTONIK
13. MALTA
14. NUTRIMAT
15. TEH CAP MASJID
16. TEH GURU CAP MASJID
17. PAU AHMAD
18. OLD TOWN WHITE COFFEE
19. PASARAYA ECONSAVE
20. PASARAYA KK MART
21. PASARAYA 99 SPEEDMART
22. Minyak Masak CAP PISAU
23. Minyak Masak CAP BURUH
24. Minyak Masak NATUREL
25. Minyak Masak DAISY
26. Semua minuman berjenama DRINHO
27. ISOMAX ISOTONIC
28. HOMESOY
29. FARM CROWS BUTTER


 
Senarai asal dari sini. Sebarang kemaskini sila hubungi di Facebook melalui link di sidebar, atau maklumkan dan layar web http://www.mukminbrands.com/category/jenama-islam/

Pautan senarai ini akan dimuat terus-menerus melalui sidebar di sebelah kanan "senarai penting", bersama pautan kempen-kempen lain yang berkaitan dengan umat Islam.

Read more...

Salah ker Aku Racun Anak Bini dan Mak Bapak Sikit-sikit Hari-hari?

3.6.13

Kelmarin BAT (British American Tobacco Malaysia) umumkan harga rokok naik macam harga beras yang naik.

William Toh dengan nada apologetik kata tak boleh elak harga rokok naik kerana kos operasi naik, inflasi naik, dan yang paling menyayat hati sekali – 'impak' dari dagang haram rokok

– Rokok yang dijual BAT tu banyak punya HALAL!

William Toh ni pangkat Datuk. Orang yang jual produk perosak bangsa dan badan ni boleh dikasi gelaran Datuk ker?

Siapa yang hisap candu, dialah yang terasa sedap. 
 
Nak tahu kenapa resepi Chef Wan sedap? Banyak bahan. Ada rempah ni, ada rempah tu, taruk ni, taruk tu, mana tak sedap menjilat jari. Sama lah macam batang Dunhill, Kent, Benson & Hedges, Peter Stuyvesant, Pall Mall, Lucky Strike dan Rothmans International tu. Lagi letak nama macam bintang-bintang Hollywood, wah makin naik ego dan image bila hisap sebatang.

Nah, ini dia resepi sebatang rokok. SEBATANG, bukan 10 batang.

  1. ASAP dari SATU batang rokok sahaja ada lebih dari 7,000 bahan kimia. SATU BATANG.
  2. 70 dari 7,000 chemical itu adalah toksid. Toksid tu maknya beracun. Beracun tu maknanya membawa maut.
  3. Ini sedikit saja dari senarai bajan-bahan kimia tersebut:

Yang menyebabkan KANSER:

  • Formaldehyde: Digunakan untuk mengawet mayat
  • Benzene: Ditemui dalam petrol
  • Polonium 210: Radioaktif dan sangat beracun
  • Vinyl chloride: Digunakan untuk membuat paip

LOGAM TOKSID

  • Chromium: Digunakan untuk membuat keluli
  • Arsenic: Digunakan dalam ubat penyembur serangga
  • Lead: Pernah digunakan dalam cat tembok
  • Cadmium: Digunakan untuk membuat bateri

GAS BERACUN

  • Carbon monoxide: Boleh ditemui dalam exzos kereta
  • Hydrogen cyanide: Diginakan untuk senjata kimia
  • Ammonia: Digunakan dalam ubat pembersih rumah
  • Butane: Digunakan dalam lighter cecair
  • Toluene: Ditemui dalam cat pencair
Siapa yang hisap candu, dialah yang terasa sedap. Siapa yang ramai sedap?

Melayulah.

Penagih Melayu. Dan jangan kau nafikan kau seorang penagih.


Cuba cari mat-mat Melayu tak hisap rokok. Baik kat Malaysia, Singapura, Indonesia. Ada? Sikit sangat. Yang tak hisap tu pun mungkin belum lagi. Tunggu masa jer tu. Geng ramai hisap, sembang-sembang semua nampak terror ngan sebatang kat tangan. Kalau yang lain semua hisap, aku tak hisap macam bukan member kan? Takkan nak hampakan member kan?

Tunggu bas pun nak kena sebatang. Takkan masa nak buang gitu ajer. Bila bas dah datang, buang jer kat lantai, habis perhentian tu décor ngan putung berlambak-lambak. Tourist datang tengok negeri Melayu kotor. Mana nak letak muka. Ni belum cakap dalam toilet lagi, dalam lif...

Itu pasal yang hisap. Citer banyak pasal yang hisap ni. Terlalu banyak. Yang tak hisap? Kena tahan nafas sepanjang hari. Kat bus-stop, tunggu taxi.. Balik tumah kena tahan nafas dengan bapak punya asap pulak, suami, abang, adik, datuk... Lama-lama, jantung cannot take it, masuk hospital.

Kat hospital, doktor tanyer emak awak ni ada hisap rokok tak? Biadap punya doktor, mak aku tujuh-puluh tahun, pakai tudung, pergi masjid, decent-decent, dia cakap hisap rokok. Cumer cermin muka tu ada tak hisap rokok depan-depan mak? Tak depan pun, duduk sambil khayal dalam jamban bila mak sedang masak kat dapur nak kasi kau makan? Apa kau balas mak kau balik? 70,000 jenis racun masuk dapur. Takkan mak tujuh-puluh tahun kau nak suruh tahan nafas. Busuk pun busuklah, anak punya pasal mak kau telan jer. Betul-betul anak mithali kau ni. Kat hospital, hari-hari lawat mak, dia nak toilet kau iringkan, dia nak rehat, kau betulkan bantal, dia nak makan mee mamak, kau belikan dari luar; tengok gaya macam anak mithali. Tok-tok kat rumah rupa-rupanya kau yang racun mak hari-hari. Kau yang penyebab jantung makin lemah. Anak mithali ker, anak derhaka kau ni? Bukan cukup anak jer, bapak pun hari-hari racun mak, racun adik, racunkau dari kecik. Dari situlah kau belajar – dari bapak hero Marlboro– racun orang yang kau sayang, hari-hari, sikit-sikit...
Terlalu banyak aku nak cakap pasak binatang buas nama tobacco ni, terlalu banyak. Belum habis aku lepaskan geram. Tunggu bahagian II.

Read more...

Betul ke Khairy Jamaluddin Minta Jawatan?

1.6.13

 Selesai sahaja Pilihanraya Malaysia ke 14:
"Saya menawarkan diri untuk saya memainkan peranan, apa sahaja peranan yang boleh bantu beliau (perdana menteri) dan saya serah kepada beliau untuk menentukannya," katamua ketika ditanya mengenai gesaan sesetengah pihak supaya beliau mewakili suara Pemuda dalam Kabinet baru yang bakal dibentuk.
Ada pihak kata, dalam kataerti halus dan sopan, berilah saya jawatan, PM

Apa pandangan Islam tentang orang yang meminta jawatan?

Diriwayatkan dari Abu Musa al-Asy'ari r.a, ia berkata, "Aku dan dua orang dari kaumku datang menghadap Nabi saw. Salah seorang mereka berkata, 'Ya Rasulullah angkatlah kami sebagai pejabatmu.' Satu orang lagi juga mengatakan perkataan yang sama. Lalu Rasulullah saw. bersabda, 'Kami tidak akan memberikan jabatan pemerintahan ini kepada orang yang meminta dan berambisi untuk mendapatkannya'," (HR Bukhori [7149] dan Muslim [1733]).

Mungkin ini salah satu sebab sampai sekarang Anwar Ibrahim tak dapat-dapat jadi PM.

Diriwayatkan dari Abdurrahman bin Samurah r.a, ia berkata, "Rasulullah saw. bersabda kepadaku, 'Wahai Abdurrahman, janganlah engkau  meminta jabatan pemerintahan, sebab apabila engkau diberi jabatan itu karena engkau memintanya maka jabatan tersebut sepenuhnya dibebankan kepadamu. Namun apabila jabatan tersebut diberikan bukan karena permintaanmu maka engkau akan dibantu dalam melaksanakannya'," (HR Bukhori [7147] dan Muslim [16522]).

Khairy mintak jabatan, tapi tak tau lah pulak kalau dia minta specifically jawatan Menteri Belia dan Sukan tu. Kalau memang dia minta, 100% lah beban dia, kesian pulak. Tapi kalau diberikan pada dia oleh PM tanpa dia minta jadi menteri belia dan sukan tu, mudah-mudahan dia terima banyak bantuan laksanakan tugas. Tapi kalau dia minta jabatan tak kira apa asal nama jabatan... Wallahualam.

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi saw, beliau bersabda, "Kalian selalu berambisi untuk menjadi penguasa sementara hal itu akan membuat kalian menyesal di hari kiamat kelak. Sungguh hal itu ibarat sebaik-baik susunan dari sejelek-jelek penyapihan," (HR Bukhori [7048]).

Diriwayatkan dari Abu Dzar r.a, ia berkata, "Aku  menyatakan, 'Ya Rasulullah tidakkah anda berminat memberikan sebuah jabatan?' Lalu beliau menepuk-nepuk pundakku dan berkata, 'Wahai Abu Dzar, kamu seorang yang lemah sementara jabatan adalah sebuah amanah dan sebab kesedihan dan penyesalan di hari kiamat nanti, kecuali orang yang mengambilnya dengan cara yang hak dan melaksanakan semua kewajiban'," (HR Muslim [1852]).

Masih diriwayatkan dari Abu Dzar, bahwasanya Rasulullah saw. bersabda, "Wahai Abu Dzar, aku lihat engkau seorang yang lemah dan aku suka engkau mendapatkan sesuatu yang aku sendiri menyukainya. Jangan engkau memimpin dua orang dan janganlah kamu mengurus harta anak yatim," (HR Muslim [1826]).

Diriwayatkan dari Auf bin Malik dari Nabi saw. beliau bersabda, "Jika kalian mau, aku beri tahu kepada kalian tentang jabatan, apa hakikat jabatan itu? Awalnya adalah celaan, yang kedua adalah penyesalan dan yang ketika adalah adzab di hari kiamat, kecuali orang yang berlaku adil. Bagaimana mungkin ia dapat berlaku adil terhadap keluarga-keluarganya?" (Shahih, HR al-Bazzar [1597]).

Kandungan Bab: Tukilan dari sini.
  • Hadits-hadits yang tercantum dalam bab ini merupakan suatu prinsip yang agung untuk tidak mengemban sebuah jabatan pemerintahan.
  • Haram meminta jabatan, terlebih lagi jika ia mengetahui bahwa dirinya lemah dan tidak akan mampu melaksanakan amanah tersebut.
  • Bagi siapa yang meminta jabatan pemerintahan maka ia tidak boleh diberi jabatan itu. Islam tidak memberikan jabatan kekuasaan kepada orang yang memintanya, menginginkannya dan berambisi untuk mendapatkannya. Orang yang paling berhak mendapatkan jabatan kekuasaan adalah orang yang menjauhkan diri dan tidak suka menerimanya.
  • Meminta sebuah jabatan kekuasaan atau jabatan yang berkaitan dengan pemerintahan seperti jabatan hakim, bendahara dan jabatan lainnya yang mengurus kepentingan masyarakat, sangat berpengaruh dengan kemaslahatan pribadi. Barangsiapa yang seperti itu keadaannya maka tidak disangsikan lagi bahwa ia akan sanggup berbuat dosa untuk meraih apa yang ia anggap mulia dan untuk mewududkan ambisinya. Adapun orang yang takut terhadap hukum ini, ia lebih mempunyai peluang besar untuk berbuat adil dan lebih mampu menahan diri dari perbuatan dosa.
  • Mengemban jabatan kekuasaan merupakan sebuah tanggung jawab yang teramat besar karena akan menimbulkan celaan, penyesalan dan siksaan di hari kiamat kelak. Kecuali bila ia mengembannya berlaku adil dan melaksanakan semua kewajibannya. Akan tetapi orang seperti ini sangatlah sedikit. Bagaimana mungkin ia mampu berbuat adil jika sebuah perkara berkaitan dengan kerabat, sahabat, dan orang-orang yang ia cintai.
  • Boleh menerima sebuah jabatan apabila memang ditunjuk oleh khalifah atau diangkat oleh ahli halli wal a'qdi. Karena bagaimanapun masyarakat harus memiliki seorang pemimpin yang dapat menjalankan syari'at Allah di tengah-tengah masyarakat dan tidak pernah merasa sangsi dalam melaksanakannya. Barangsiapa yang diberi hak untuk berkuasa dan berlaku adil maka ia akan mendapat fadhilah yang sangat besar sebagaimana yang tercantum dalam hadits-hadits yang shahih.
  • Barangsiapa diangkat untuk mengemban suatu jabatan dengan tanpa memintanya maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan tugas-tugasnya dan menyiapkan untuknya seorang penasehat shalih yang dapat menyuruh dan membantunya dalam berbuat makruf serta melarang dan berusaha untuk menjauhkan dirinya dari perbuatan mungkar.
  • Al-Hafidz Ibnu Hajar berkata dalam kitab Fathul Baari (XIII/126), "Sesungguhnya para pemimpin yang hanya merasakan kenikmatan dan kebahagiaan dari jabatannya serta tidak pernah mendapatkan kesusahan dan kesulitan, maka semasa di dunia ia harus dipecat dari jabatan hingga ia merasakan kesulitan, maka semasa di dunia ia harus dipecat dari jabatan hingga ia merasakan kesulitan, atau ia akan mendapat siksaan yang lebih berat di akhirat nanti. Nasallahu al-'afwa (kita memohon ampunan kepada Allah). Saya katakan, "Inilah maksud dari sabda Rasulullah saw, "Sungguh hal itu ibarat sebaik-baik penyusuan dan dan sejelek-jelek penyapihan'."
  •  Beliau juga menukil perkataan al-Muhallab dalam Fathul Baari (XIII/126), "Ambisi untuk mendapatkan suatu jabatan merupakan penyebab timbulnya peperangan di kalangan manusia hingga terjadi pertumpahan darah dan perampasan  harta, pemerkosaan dan penyebab utama terjadinya kerusakan besar di muka bumi." Saya katakan, "Inilah makna dari sabda Rasulullah saw, 'Kalian nantinya akan berambisi untuk menjadi penguasa...," 

Para merah di atas tu khas untuk Anwar Ibrahim.



Read more...

Hari Ini Bermula Cakap pasal Politik Singapura Bisik-Bisik nanti kena Saman

31.5.13

Blog-blog mengkritik kerajaan Singapura dinasihatkan supaya berpada-pada. Memuji dan menyanjung itu boleh. Mengkritik, mengutuk, mengeji  atau mengomen secara negatif jangan sekali. Nanti bocor poket S$50,000. Itu pun kalau ada S$50,000. Kalau takder, PENJARA mari...

"Under the licensing framework, online news sites will be individually licensed if they report an average of at least one article per week on Singapore’s news and current affairs over a period of two months, and are visited by at least 50,000 unique IP addresses from Singapore each month over a period of two months."

Mana-mana blog yang menulis tentang perihal berita semasa Sngapura sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam jangkasamasa dua bulan, dan dilawat sekurang-kurangnya oleh 50,000 alamat IP unik dari Singapura akan dalam masa dua bulan akan dikenakan LESEN - sama seperti portal-portal besar seperti yahoo dan channelnewsasia.

"Under such a licence, the sites will have to put up a performance bond of S$50,000 and comply within 24 hours with any order by the media watchdog to take down objectionable content."

Kalau kerajaan tak happy, baik turunkan artikel yang menggangu sanubari mereka itu dalam masa 24 jam, kalau tidak, jadi miskin atau jadi penjawaran. Pilihlah mana satu, demokrasi tetap ada.

 "...the government was eyeing the inclusion of overseas-based sites in the new licensing regime and the passage of the necessary laws to effect that."

Kerajaan Singapura juga sedang timbangkan undang-undang baru ini dikenakan pada laman-laman web luar negara. Bagaimana mereka mahukan laksanakan undang-undang dalam negeri ke atas peserta luar negeri kita tunggu dan lihat.

Little Red Dot nak saman (bloggers) dunia.




Read more...
Share

Warga Singa

My photo
Singa dan Harimau akan mengaum semula... bersama... dalam hutan belantara Nusantara dalam satu kekalifahan Islam yang pasti akan datang... walau apa pun musuh-musuh mereka merancang, Allah yang menentukan.

FOLLOW

PAPARAN

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP