Powered by Blogger.
Share

Salah ker Aku Racun Anak Bini dan Mak Bapak Sikit-sikit Hari-hari?

3.6.13

Kelmarin BAT (British American Tobacco Malaysia) umumkan harga rokok naik macam harga beras yang naik.

William Toh dengan nada apologetik kata tak boleh elak harga rokok naik kerana kos operasi naik, inflasi naik, dan yang paling menyayat hati sekali – 'impak' dari dagang haram rokok

– Rokok yang dijual BAT tu banyak punya HALAL!

William Toh ni pangkat Datuk. Orang yang jual produk perosak bangsa dan badan ni boleh dikasi gelaran Datuk ker?

Siapa yang hisap candu, dialah yang terasa sedap. 
 
Nak tahu kenapa resepi Chef Wan sedap? Banyak bahan. Ada rempah ni, ada rempah tu, taruk ni, taruk tu, mana tak sedap menjilat jari. Sama lah macam batang Dunhill, Kent, Benson & Hedges, Peter Stuyvesant, Pall Mall, Lucky Strike dan Rothmans International tu. Lagi letak nama macam bintang-bintang Hollywood, wah makin naik ego dan image bila hisap sebatang.

Nah, ini dia resepi sebatang rokok. SEBATANG, bukan 10 batang.

  1. ASAP dari SATU batang rokok sahaja ada lebih dari 7,000 bahan kimia. SATU BATANG.
  2. 70 dari 7,000 chemical itu adalah toksid. Toksid tu maknya beracun. Beracun tu maknanya membawa maut.
  3. Ini sedikit saja dari senarai bajan-bahan kimia tersebut:

Yang menyebabkan KANSER:

  • Formaldehyde: Digunakan untuk mengawet mayat
  • Benzene: Ditemui dalam petrol
  • Polonium 210: Radioaktif dan sangat beracun
  • Vinyl chloride: Digunakan untuk membuat paip

LOGAM TOKSID

  • Chromium: Digunakan untuk membuat keluli
  • Arsenic: Digunakan dalam ubat penyembur serangga
  • Lead: Pernah digunakan dalam cat tembok
  • Cadmium: Digunakan untuk membuat bateri

GAS BERACUN

  • Carbon monoxide: Boleh ditemui dalam exzos kereta
  • Hydrogen cyanide: Diginakan untuk senjata kimia
  • Ammonia: Digunakan dalam ubat pembersih rumah
  • Butane: Digunakan dalam lighter cecair
  • Toluene: Ditemui dalam cat pencair
Siapa yang hisap candu, dialah yang terasa sedap. Siapa yang ramai sedap?

Melayulah.

Penagih Melayu. Dan jangan kau nafikan kau seorang penagih.


Cuba cari mat-mat Melayu tak hisap rokok. Baik kat Malaysia, Singapura, Indonesia. Ada? Sikit sangat. Yang tak hisap tu pun mungkin belum lagi. Tunggu masa jer tu. Geng ramai hisap, sembang-sembang semua nampak terror ngan sebatang kat tangan. Kalau yang lain semua hisap, aku tak hisap macam bukan member kan? Takkan nak hampakan member kan?

Tunggu bas pun nak kena sebatang. Takkan masa nak buang gitu ajer. Bila bas dah datang, buang jer kat lantai, habis perhentian tu décor ngan putung berlambak-lambak. Tourist datang tengok negeri Melayu kotor. Mana nak letak muka. Ni belum cakap dalam toilet lagi, dalam lif...

Itu pasal yang hisap. Citer banyak pasal yang hisap ni. Terlalu banyak. Yang tak hisap? Kena tahan nafas sepanjang hari. Kat bus-stop, tunggu taxi.. Balik tumah kena tahan nafas dengan bapak punya asap pulak, suami, abang, adik, datuk... Lama-lama, jantung cannot take it, masuk hospital.

Kat hospital, doktor tanyer emak awak ni ada hisap rokok tak? Biadap punya doktor, mak aku tujuh-puluh tahun, pakai tudung, pergi masjid, decent-decent, dia cakap hisap rokok. Cumer cermin muka tu ada tak hisap rokok depan-depan mak? Tak depan pun, duduk sambil khayal dalam jamban bila mak sedang masak kat dapur nak kasi kau makan? Apa kau balas mak kau balik? 70,000 jenis racun masuk dapur. Takkan mak tujuh-puluh tahun kau nak suruh tahan nafas. Busuk pun busuklah, anak punya pasal mak kau telan jer. Betul-betul anak mithali kau ni. Kat hospital, hari-hari lawat mak, dia nak toilet kau iringkan, dia nak rehat, kau betulkan bantal, dia nak makan mee mamak, kau belikan dari luar; tengok gaya macam anak mithali. Tok-tok kat rumah rupa-rupanya kau yang racun mak hari-hari. Kau yang penyebab jantung makin lemah. Anak mithali ker, anak derhaka kau ni? Bukan cukup anak jer, bapak pun hari-hari racun mak, racun adik, racunkau dari kecik. Dari situlah kau belajar – dari bapak hero Marlboro– racun orang yang kau sayang, hari-hari, sikit-sikit...
Terlalu banyak aku nak cakap pasak binatang buas nama tobacco ni, terlalu banyak. Belum habis aku lepaskan geram. Tunggu bahagian II.

0 comments:

Post a Comment

Share

Warga Singa

My photo
Singa dan Harimau akan mengaum semula... bersama... dalam hutan belantara Nusantara dalam satu kekalifahan Islam yang pasti akan datang... walau apa pun musuh-musuh mereka merancang, Allah yang menentukan.

FOLLOW

PAPARAN

  © Blogger template On The Road by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP