Kenapa Ibu-Bapa Wajib pastikan Diri dan Anak-anak Amalkan dan Hafal Surah Al-Kahfi
27.5.13
Ibu-bapa -- ajarlah anak-anak dan semaikanlah dalam diri kebiasaan membaca Surah Al-Kahfi pada setiap hari Jumaat atau malamnya dan menghafal sepuluh ayat pertama dan terakhir dari Surah ini.
Mengapa?
Kita di dalam Akhir Zaman.
Zaman yang penuh dengan pancaroba dalam bentuk fitnah, dugaan dan bermacam-macam ujian kepada keimanan dan takwa seseorang muslim. Inilah zaman dimana sistem Dajjal laknatullah telah dimanifestasi sebelum keluarnya Dajjal itu sendiri.
Bila Dajjal sendiri telah muncul, godaan nya terlalu hebat sehingga ramai manusia tergelincir imannya menjadi munafik, syirik dan kafir.
Sesungguhnya tanda-tanda akhirul zaman telah CONFIRM terjadi atau sedang kita alami sekarang tidak boleh dinafikan lagi.
- Bangunan-bangunan mencakar langit yang berlumba-lumba dibina manusia.
- Perempuan-perempuan yang berpakaian sembrono hingga kelihatan telanjang, dan berpakaian seperti lelaki.
- Lelaki juga yang berpakaian seperti wanita.
- Cepatnya Israel mula naik kuasa dan akan jadi superpower.
- Berleluasanya bermacam-macam jenis penipuan terutama sekali dalam bidang kewangan dan riba'.
Ulamak Imam Imran Hossein, yang telah mengkaji Surah Al-Kahfi lebih dari 20 tahun, menganggarkan (Allah lebih mengetahui), kedatangan Imam Mahdi dan kemudian Dajjal, dalam masa 20-25 tahun dari sekarang (2013). Ini bermakna anak-anak kita yang baru lahir atau masih kecil lagi akan dewasa ketika itu. Yang telah remaja dan dewasa sekarang, akan berumur setengah abad ketika itu, dan kita sendiri, mungkin akan menemui Dajjal jika umur panjang. Ini menunjukkan betapa pentingnya amalan Surah al-Kahfi dan penghafalan 10 ayat pertama dan akhir Surah tersebut hari ini.
Malah, ada pengkaji-pengkaji akhirul zaman mengganggarkan Imam Mahdi mungkin muncul dalam masa kurang dari 14 tahun dari sekarang. WallahuAlam.
Kenapa kita tidak boleh tangguhkan lagi amalan dan penghafalan Surah al-Kahfi?
Kerana walaupun Dajjal dalam bentuk fizikal belum muncul, sistem Dajjal telah ada dan dipraktikkan dengan berleluasa tanpa disedari langsung oleh umat manusia, terutama sekali umat Islam. Ini termasuklah sistem sosial dan masyarakat, pemerintahan dan kewangan yang penuh dengan maksiat dan penyelewengan tetapi tetapi dipraktik seperti takda salahnya sistem-sistem ini.Misalnya, dalam sistem kewangan Dajjal, riba' meleluasa sehingga manusia mendapati susahnya kehidupan jika tidak mendapat pinjaman untuk beli rumah atau kenderaan, atau memulakan perniagaan dari bank-bank Dajjal yang mengenakan riba' yang mencerut leher. Kerana peranan sistem kewangan Dajjal inilah orang kaya jadi semakin kaya, dan yang miskin makin jatuh melarat.
Kalau kita amalkan Surah al-Kahfi, apa yang kita buta tentang dunia akan menjadi celik. Kita akan mula sedar tentang kepincangan keadaan dunia sekarang yang semakin jauh dengan ajaran dan tuntutan Islam. Dari hanya mempunyai 'satu mata' seperti Dajjal kerana mempraktikkan sistemnya, kita akan menjadi celik kedua-dua mata, kerana dengan mata hati kita dapat lihat keadaan dunia sebenarnya.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
Ketahuilah Syurga yang dibawa Dajjal dan sistemnya dalam bentuk bermacam-macam misalnya kebebasan social, hiburan dan amalan-amalan yang melampaui batas (homoseksual, seks bebas, pergaulan bebas, khayalan kelab-malam dan musik sehingga masa terbuang dari digunakan untuk mengingati Allah, dll) penuh dengan nikmat dunia yang akan membawa kita ke neraka kelak. Itulah syurga Dajjal dan sistemnya yang sebenarnya neraka untuk kita.“Sukakah aku jelaskan kepada kamu tentang Dajjal yang belum pernah dijelaskan oleh seorang nabi kepada umatnya. Sesungguhnya Dajjal itu buta sebelah dan sesungguhnya ia akan muncul dengan membawa semacam Syurga dan Neraka. Sesuatu yang dikatakan Syurga oleh Dajjal itu sebenarnya adalah Neraka.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Dari An-Nawwas bin Sim`an (النّوّاس بن سمعان) radhiAllahu `anhu berkata:
“Pada suatu pagi Rasulullah sallAllahu
`alaihi wasallam menceritakan tentang Dajjal. Di dalam bercerita itu,
Baginda merendahkan dan mengeraskan suaranya sehingga kami mengira
bahawa Dajjal itu berada di tengah-tengah kebun kurma. Ketika kami ke
kebun, Baginda mengetahui maksud kami, kemudian Baginda bertanya, “Apa
maksudmu?” Kami menjawab, “Wahai Rasulullah, tadi engkau menceritakan
tentang Dajjal dan dalam bercerita itu engkau merendahkan dan
mengeraskan suara sehingga kami mengira Dajjal berada di tengah-tengah
kebun kurma.”
Baginda bersabda, “Selain Dajjal ada yang
lebih aku khuatirkan. Jika Dajjal keluar sedangkan aku masih berada di
tengah-tengah kamu sekalian nescaya cukup aku sahaja yang melawannya
tanpa kamu. Jika Dajjal keluar sedangkan aku sudah tidak berada di
tengah-tengah kamu sekalian maka masing-masing mesti mempertahankan
dirinya sendiri. ALLAH sebagai gantiku di dalam melindungi setiap
Muslim.
Dajjal itu adalah seorang pemuda yang
berambut kerinting, matanya agak menonjol keluar. Kalau boelh aku
mengumpamakan, dia itu seperti `Abdul `Uzza bin Qathan. Barangsiapa di antara kalian menjumpainya maka hendaklah membaca
permulaan surah al-Kahfi kepadanya...”
Dari Hadis Muslim (809):“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada Dajjal.”
Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi, ia tidak akan terkena bahaya fitnah Dajjal, barangsiapa yang membaca seluruh ayatnya ia akan masuk surga.” Hadis ini bersumber dari Sammarah bin Jundab dari Nabi saw. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 242)
Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari surat Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini bersumber dari Abu Darda’ dari Nabi saw. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243)
Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang membaca surat Al-Kahfi pada hari Jum’at, ia akan terjaga hingga tahun berikutnya dari setiap fitnah, dan jika Dajjal keluar ia akan terjaga darinya.” Hadis ini bersumber dari Said bin Muhammad Al-Jurmi dari ayahnya dari kakeknya dari Nabi saw. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243)
Imam Muslim meriwayatkan dari hadits al-Nawas bin Sam’an yang cukup panjang, yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, “Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya (mendapati zaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat permulaan surat al-Kahfi.”
Nabi saw bersabda;"Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal ‘. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan Muslim, An-Nasaie)
Dalilnya adalah hadits dari Abu Darda radliallahu `anhu dari Nabi berkata:
“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)
Pada lafadz Tirmidzi: “Barangsiapa menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.” Dia berkata: “Hadits hasan.”
Pada hadits yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda radliallahu `anhu bahwa Nabi SAW berkata; “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.” Hadits tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah radliallahu `anhu.
Dan pada lafadz Nasai menyatakan:
“Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana saja) dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
“Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at maka ia akan dijaga dari setiap fitnah sampai delapan hari walaupun Dajjal keluar ia akan tetap terjaga dari fitnahnya."
Dalam kita mengharungi hari-hari yang mencabar dan bertembung dengan bermacam-macam jenis manusia termasuk setan dan dajjal kecil yang bertopengkan manusia di akhirul zaman ini, Allah yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani telah menghadiahkan kita satu perisai yang sangat mujarab - Surah Al-Kahfi.
Bacalah 10 ayat pertama Surah Kahfi bila menghadapi sebarang kesulitan atau kekelutan yang berkaitan dengan fitnah akhir zaman/zionis/dajjal. Misalnya, bila kita ke negara kafir, dan kerana kita orang Islam kita dilayan dengan sewenangnya atau dianiyai hanya kita berjanggut atau bertudung. Dari jauh kita perhatikan pegawai immigrasi tengok kita lain macam. Mulalah baca 10 ayat tadi kalau sempat. Kalau tidak, memadai dengan ayat yang ke-10 bermula dengan Rabbanaa..:
...Rabbanaa Aatina mil-ladunka rahmatau wahaiyyi' lana min amrina rasyaada.
[...Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)]
0 comments:
Post a Comment