Rangka ikan todak di Museum of National History, Washington, D.C. Habis tinggal rangka dibarbecue oleh orang Singapura lama.
Halnya sebuah citer di zaman dulu-dulu, ketika pulau Singapura masih dibawah raja Melayu (sekarang raja itu China), telah diserang dengan ikan todak yang sungguh banyak ekornya sehingga ramai penduduknya yang tinggal atau berjalan-jalan atau berlari-lari anak di tepi pantai mati dek dirodok ikan-ikan todak ini.
Raja ketika itu yang bangsanya Melayu (sekarang raja itu China), gundah gulana. Sedih pun iya, pikiran buntu pun iya. Pikir punya pikir, atau mungkin dari buah pikiran penasihat-penasihat (sekarang: punasihat-punasihat) yang juga pikir punya pikir, Raja pun memerintahkan rakyatnya berkubukan betis di pinggir pantai. Apa? Betis? Ya, betis rakyat dijadikan umpan. Tidak pasti, samaada betis askar, atau rakyat sukarela. Habislah ramai betis-betis rakyat dirodok Todak dan berlumuranlah darah dengan banyaknya di pinggir pantai lalu dicuci dengan belaian ombak seperti saputangan menyapukan air-mata di permukaan pipi pantai.
Setelah ramai nyawa terkorban, kemaraan dan kegilaan Todak tidak reda-reda juga, seperti mereka mahukan sesuatu dan belum dapat lagi - mungkin kuasa mutlak atau jabatan Perdana Menteri. Pendek kata, mereka tak putus-putus dahagakan darah.
Memang dalam musibahlah selalu datang rahmat. Muncul seorang anak kecil berumur tujuh tahun bernama Hang Nadim yang otak logiknya melebihi raja dan punasihat-punasihat raja yang walaupun dah dewasa dan matang, tak tau pulak mana letaknya minda mereka. Mungkin di lutut.
Hang Nadim tanpa segan-silu menghadap Raja dan mencadangkan daripada betis-betis gebu yang habis hancur dirobek Todak, kan lebih baik kalau pantai dikubukan batang pisang? Batang pisang? Ya, batang pisang. Biarkan jongor mereka terlekat di batang pisang. Todak terperangkap, bolehlah rakyat Singapura menyiang mereka, buat kenduri dan barbecue di tepi pantai. Tiada nyawa terkorban, dan rakyat pun kenyang berbulan-bulan. Todak tak sedar diri, ada domain sendiri pergilah cari makan kat sana, ni kacau tanah daratan orang. Nah amek kau batang pisang.
Raja pun tersipu-sipu, idea punya simple pun tak boleh pikir sendiri, tapi kerana dia masih ada sifat merendah diri, dicedok juga idea si budak kecik Hang Nadim yang akhirnya berjaya menyelamatkan negeri Singapura.
Pendekkan citer, penasihat-penasihat (sekarang punasihat-punasihat) pulak yang cemburu dan mula menghasut Raja. Kalau budak mentah tujuh tahun boleh ajar raja dan menteri-menteri season cara memerintah, apa kan jadi 10, 20, 30 tahun dari sekarang? Habis pangkat menteri dikebasnya, habis tahta raja dirampasnya. Raja yang merendah diri tadi pun berubah menjadi firaun. Manusia yang berbakti kepada negeri dan rakyat (dan raja kerana save-facekan dia dengan batang pisang) dijatuhkan hukuman lemas sampai mati, diikat dan dibuang ke laut hidup-hidup. Tak taulah jka todak-todak ada menunggu di bawah. Hanya Hang Nadim yang tahu.
Soalan cepumas dari Lagenda Singapura dilanggar Todak yang berulang ni:
Senarai Barangan Syarikat Melayu ISLAM. Beli dan Gunakanlah yang Halal dan Suci tanpa was-was!
Elakkan daripada membeli produk2 berikut kerana kesemuanya menyumbang kepada DAP dan pemusnahan produk Melayu-Bumiputera:
1. Roti GARDENIA
2. BIHUN JATI BERNAS
3. Minyak Masak TIARA
4. Minyak Masa SAJI
5. Susu Pekat Manis SAJI
6. Susu Cair Manis SAJI
7. Mee Segera SAJIMEE SAJI
8. Mayonis SAJI MAYO SAJI
9. Marjerin PELANGI
10. Sos Cili PELANGI
11. Sos Tomato PELANGI
12. Jem Mentega SUNBEAR
13. Sardin AGROMAS
14. Sardin PERTIMA
15. Kopi HANG TUAH
16. Bihun SUFI
17. Mi Kuning SUFI
18. Kuey Teow SUFI
19. Garam SUFI
20. Sos Lada Hitam SUFI
21. Sos Cili/Tomato SUFI
22. Kicap Masin/Manis SUFI
23. Tepung Goreng SUFI
24. Minyak Masak SUFI
25. Telur CAP SUFI
26. Ubat Gigi NAJWA
27. Ubat Gigi HALAGEL
28. Garam HALAGEL
29. Tepung Gandum CAP BIDARA
30. Tepung Gandum FAIZA
31. Jus Minuman SAFINA
32. Syampu D'HERBS
33. MYDIN
34. MYMART
35. BIHUN KAMPUNG
36. Barangan keluaran Sime Darby
37. Barangan keluaran Felda
38. TESCO Malaysia 39. Kedai 1Malaysia 40. Gula CST 41. Gula GPT
1. Tepung Gandum CAP SAUH
2. Minyak Masak SERI MURNI
3. Nugget ayam SERI MURNI
4. Nugget MARINA
5. Sardin Marina
6. Sos Cili AMINAH HASSAN
7. Sos Tomato AMINAH HASSAN
8. Bihun AMINAH HASSAN
9. Roti MASSIMO
10. POWER ROOT ALI CAFE
11. POWER ROOT OLIGO CEREA
12. POWER ROOT 9SPOT ISOTONIK
13. MALTA
14. NUTRIMAT
15. TEH CAP MASJID
16. TEH GURU CAP MASJID
17. PAU AHMAD
18. OLD TOWN WHITE COFFEE
19. PASARAYA ECONSAVE
20. PASARAYA KK MART
21. PASARAYA 99 SPEEDMART
22. Minyak Masak CAP PISAU
23. Minyak Masak CAP BURUH
24. Minyak Masak NATUREL
25. Minyak Masak DAISY
26. Semua minuman berjenama DRINHO
27. ISOMAX ISOTONIC
28. HOMESOY
29. FARM CROWS BUTTER
Pautan senarai ini akan dimuat terus-menerus melalui sidebar di sebelah kanan "senarai penting", bersama pautan kempen-kempen lain yang berkaitan dengan umat Islam.Read more...
Kelmarin BAT (British American Tobacco Malaysia) umumkan harga
rokok naik macam harga beras yang naik.
William Toh dengan nada apologetik kata tak boleh elak harga rokok
naik kerana kos operasi naik, inflasi naik, dan yang paling menyayat
hati sekali – 'impak' dari dagang haram rokok
– Rokok yang dijual BAT tu banyak punya HALAL!
William Toh ni pangkat Datuk. Orang yang jual produk perosak
bangsa dan badan ni boleh dikasi gelaran Datuk ker?
Siapa yang hisap candu, dialah yang terasa sedap.
Nak tahu kenapa resepi Chef Wan sedap? Banyak bahan. Ada rempah
ni, ada rempah tu, taruk ni, taruk tu, mana tak sedap menjilat jari.
Sama lah macam batang Dunhill, Kent, Benson & Hedges, Peter
Stuyvesant, Pall Mall, Lucky Strike dan Rothmans International tu.
Lagi letak nama macam bintang-bintang Hollywood, wah makin naik ego
dan image bila hisap sebatang.
Nah, ini dia resepi sebatang rokok. SEBATANG, bukan 10 batang.
ASAP dari SATU batang rokok sahaja ada lebih dari 7,000 bahan
kimia. SATU BATANG.
70 dari 7,000 chemical itu adalah toksid. Toksid tu maknya
beracun. Beracun tu maknanya membawa maut.
Ini sedikit saja dari senarai bajan-bahan kimia tersebut:
Yang menyebabkan KANSER:
Formaldehyde: Digunakan untuk
mengawet mayat
Benzene: Ditemui dalam petrol
Polonium 210: Radioaktif dan
sangat beracun
Vinyl chloride: Digunakan untuk membuat paip
LOGAM TOKSID
Chromium: Digunakan untuk membuat
keluli
Arsenic: Digunakan dalam ubat
penyembur serangga
Lead: Pernah digunakan dalam cat
tembok
Cadmium: Digunakan untuk membuat bateri
GAS BERACUN
Carbon monoxide: Boleh ditemui
dalam exzos kereta
Hydrogen cyanide: Diginakan untuk
senjata kimia
Ammonia: Digunakan dalam ubat
pembersih rumah
Butane: Digunakan dalam lighter
cecair
Toluene: Ditemui dalam cat pencair
Siapa yang hisap candu, dialah yang terasa sedap. Siapa yang
ramai sedap?
Melayulah.
Penagih Melayu. Dan jangan kau nafikan kau seorang penagih.
Cuba cari mat-mat Melayu tak hisap
rokok. Baik kat Malaysia, Singapura, Indonesia. Ada? Sikit sangat.
Yang tak hisap tu pun mungkin belum lagi. Tunggu masa jer tu. Geng
ramai hisap, sembang-sembang semua nampak terror ngan sebatang kat
tangan. Kalau yang lain semua hisap, aku tak hisap macam bukan member
kan? Takkan nak hampakan member kan?
Tunggu bas pun nak kena sebatang.
Takkan masa nak buang gitu ajer. Bila bas dah datang, buang jer kat
lantai, habis perhentian tu décor ngan putung berlambak-lambak.
Tourist datang tengok negeri Melayu kotor. Mana nak letak muka. Ni belum cakap dalam toilet lagi, dalam lif...
Itu pasal yang hisap. Citer banyak pasal yang hisap ni. Terlalu banyak. Yang tak hisap? Kena tahan nafas sepanjang hari. Kat bus-stop, tunggu taxi..
Balik tumah kena tahan nafas dengan bapak punya asap pulak, suami,
abang, adik, datuk... Lama-lama, jantung cannot take it, masuk
hospital.
Kat hospital, doktor tanyer emak awak
ni ada hisap rokok tak? Biadap punya doktor, mak aku tujuh-puluh
tahun, pakai tudung, pergi masjid, decent-decent, dia cakap hisap
rokok. Cumer cermin muka tu ada tak hisap rokok depan-depan mak? Tak
depan pun, duduk sambil khayal dalam jamban bila mak sedang masak kat
dapur nak kasi kau makan? Apa kau balas mak kau balik? 70,000 jenis
racun masuk dapur. Takkan mak tujuh-puluh tahun kau nak suruh tahan nafas. Busuk pun busuklah, anak punya pasal mak kau telan jer. Betul-betul anak mithali kau ni. Kat hospital, hari-hari lawat
mak, dia nak toilet kau iringkan, dia nak rehat, kau betulkan bantal,
dia nak makan mee mamak, kau belikan dari luar; tengok gaya macam
anak mithali. Tok-tok kat rumah rupa-rupanya kau yang racun mak
hari-hari. Kau yang penyebab jantung makin lemah. Anak mithali ker, anak derhaka kau ni? Bukan cukup anak
jer, bapak pun hari-hari racun mak, racun adik, racunkau dari kecik.
Dari situlah kau belajar – dari bapak hero Marlboro– racun orang yang kau
sayang, hari-hari, sikit-sikit...
Terlalu banyak aku nak cakap pasak binatang
buas nama tobacco ni, terlalu banyak. Belum habis aku lepaskan geram.
Tunggu bahagian II.
"Saya menawarkan diri untuk saya memainkan peranan, apa sahaja peranan
yang boleh bantu beliau (perdana menteri) dan saya serah kepada beliau
untuk menentukannya," katamua ketika ditanya mengenai gesaan sesetengah
pihak supaya beliau mewakili suara Pemuda dalam Kabinet baru yang bakal
dibentuk.
Ada pihak kata, dalam kataerti halus dan sopan, berilah saya jawatan, PM.
Apa pandangan Islam tentang orang yang meminta jawatan?
Diriwayatkan dari Abu Musa al-Asy'ari r.a, ia berkata, "Aku dan dua orang dari kaumku datang menghadap Nabi saw. Salah seorang mereka berkata, 'Ya Rasulullah angkatlah kami sebagai pejabatmu.' Satu orang lagi juga mengatakan perkataan yang sama. Lalu Rasulullah saw. bersabda, 'Kami tidak akan memberikan jabatan pemerintahan ini kepada orang yang meminta dan berambisi untuk mendapatkannya'," (HR Bukhori [7149] dan Muslim [1733]).
Mungkin ini salah satu sebab sampai sekarang Anwar Ibrahim tak dapat-dapat jadi PM.
Diriwayatkan dari Abdurrahman bin Samurah r.a, ia berkata, "Rasulullah saw. bersabda kepadaku, 'Wahai Abdurrahman, janganlah engkau meminta jabatan pemerintahan, sebab apabila engkau diberi jabatan itu karena engkau memintanya maka jabatan tersebut sepenuhnya dibebankan kepadamu. Namun apabila jabatan tersebut diberikan bukan karena permintaanmu maka engkau akan dibantu dalam melaksanakannya'," (HR Bukhori [7147] dan Muslim [16522]).
Khairy mintak jabatan, tapi tak tau lah pulak kalau dia minta specifically jawatan Menteri Belia dan Sukan tu. Kalau memang dia minta, 100% lah beban dia, kesian pulak. Tapi kalau diberikan pada dia oleh PM tanpa dia minta jadi menteri belia dan sukan tu, mudah-mudahan dia terima banyak bantuan laksanakan tugas. Tapi kalau dia minta jabatan tak kira apa asal nama jabatan... Wallahualam.
Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi saw, beliau bersabda, "Kalian selalu berambisi untuk menjadi penguasa sementara hal itu akan membuat kalian menyesal di hari kiamat kelak. Sungguh hal itu ibarat sebaik-baik susunan dari sejelek-jelek penyapihan," (HR Bukhori [7048]).
Diriwayatkan dari Abu Dzar r.a, ia berkata, "Aku menyatakan, 'Ya Rasulullah tidakkah anda berminat memberikan sebuah jabatan?' Lalu beliau menepuk-nepuk pundakku dan berkata, 'Wahai Abu Dzar, kamu seorang yang lemah sementara jabatan adalah sebuah amanah dan sebab kesedihan dan penyesalan di hari kiamat nanti, kecuali orang yang mengambilnya dengan cara yang hak dan melaksanakan semua kewajiban'," (HR Muslim [1852]).
Masih diriwayatkan dari Abu Dzar, bahwasanya Rasulullah saw. bersabda, "Wahai Abu Dzar, aku lihat engkau seorang yang lemah dan aku suka engkau mendapatkan sesuatu yang aku sendiri menyukainya. Jangan engkau memimpin dua orang dan janganlah kamu mengurus harta anak yatim," (HR Muslim [1826]).
Diriwayatkan dari Auf bin Malik dari Nabi saw. beliau bersabda, "Jika kalian mau, aku beri tahu kepada kalian tentang jabatan, apa hakikat jabatan itu? Awalnya adalah celaan, yang kedua adalah penyesalan dan yang ketika adalah adzab di hari kiamat, kecuali orang yang berlaku adil. Bagaimana mungkin ia dapat berlaku adil terhadap keluarga-keluarganya?" (Shahih, HR al-Bazzar [1597]).
Hadits-hadits yang tercantum dalam bab ini merupakan suatu prinsip yang agung untuk tidak mengemban sebuah jabatan pemerintahan.
Haram meminta jabatan, terlebih lagi jika ia mengetahui bahwa dirinya lemah dan tidak akan mampu melaksanakan amanah tersebut.
Bagi siapa yang meminta jabatan pemerintahan maka ia tidak boleh diberi jabatan itu. Islam tidak memberikan jabatan kekuasaan kepada orang yang memintanya, menginginkannya dan berambisi untuk mendapatkannya. Orang yang paling berhak mendapatkan jabatan kekuasaan adalah orang yang menjauhkan diri dan tidak suka menerimanya.
Meminta sebuah jabatan kekuasaan atau jabatan yang berkaitan dengan pemerintahan seperti jabatan hakim, bendahara dan jabatan lainnya yang mengurus kepentingan masyarakat, sangat berpengaruh dengan kemaslahatan pribadi. Barangsiapa yang seperti itu keadaannya maka tidak disangsikan lagi bahwa ia akan sanggup berbuat dosa untuk meraih apa yang ia anggap mulia dan untuk mewududkan ambisinya. Adapun orang yang takut terhadap hukum ini, ia lebih mempunyai peluang besar untuk berbuat adil dan lebih mampu menahan diri dari perbuatan dosa.
Mengemban jabatan kekuasaan merupakan sebuah tanggung jawab yang teramat besar karena akan menimbulkan celaan, penyesalan dan siksaan di hari kiamat kelak. Kecuali bila ia mengembannya berlaku adil dan melaksanakan semua kewajibannya. Akan tetapi orang seperti ini sangatlah sedikit. Bagaimana mungkin ia mampu berbuat adil jika sebuah perkara berkaitan dengan kerabat, sahabat, dan orang-orang yang ia cintai.
Boleh menerima sebuah jabatan apabila memang ditunjuk oleh khalifah atau diangkat oleh ahli halli wal a'qdi. Karena bagaimanapun masyarakat harus memiliki seorang pemimpin yang dapat menjalankan syari'at Allah di tengah-tengah masyarakat dan tidak pernah merasa sangsi dalam melaksanakannya. Barangsiapa yang diberi hak untuk berkuasa dan berlaku adil maka ia akan mendapat fadhilah yang sangat besar sebagaimana yang tercantum dalam hadits-hadits yang shahih.
Barangsiapa diangkat untuk mengemban suatu jabatan dengan tanpa memintanya maka Allah akan membantunya dalam melaksanakan tugas-tugasnya dan menyiapkan untuknya seorang penasehat shalih yang dapat menyuruh dan membantunya dalam berbuat makruf serta melarang dan berusaha untuk menjauhkan dirinya dari perbuatan mungkar.
Al-Hafidz Ibnu Hajar berkata dalam kitab Fathul Baari (XIII/126), "Sesungguhnya para pemimpin yang hanya merasakan kenikmatan dan kebahagiaan dari jabatannya serta tidak pernah mendapatkan kesusahan dan kesulitan, maka semasa di dunia ia harus dipecat dari jabatan hingga ia merasakan kesulitan, maka semasa di dunia ia harus dipecat dari jabatan hingga ia merasakan kesulitan, atau ia akan mendapat siksaan yang lebih berat di akhirat nanti. Nasallahu al-'afwa (kita memohon ampunan kepada Allah). Saya katakan, "Inilah maksud dari sabda Rasulullah saw, "Sungguh hal itu ibarat sebaik-baik penyusuan dan dan sejelek-jelek penyapihan'."
Beliau juga menukil perkataan al-Muhallab dalam Fathul Baari (XIII/126), "Ambisi untuk mendapatkan suatu jabatan merupakan penyebab timbulnya peperangan di kalangan manusia hingga terjadi pertumpahan darah dan perampasan harta, pemerkosaan dan penyebab utama terjadinya kerusakan besar di muka bumi." Saya katakan, "Inilah makna dari sabda Rasulullah saw, 'Kalian nantinya akan berambisi untuk menjadi penguasa...,"
Blog-blog mengkritik kerajaan Singapura dinasihatkan supaya berpada-pada. Memuji dan menyanjung itu boleh. Mengkritik, mengutuk, mengeji atau mengomen secara negatif jangan sekali. Nanti bocor poket S$50,000. Itu pun kalau ada S$50,000. Kalau takder, PENJARA mari...
"Under the licensing framework, online news sites will be individually
licensed if they report an average of at least one article per week on
Singapore’s news and current affairs over a period of two months, and
are visited by at least 50,000 unique IP addresses from Singapore each
month over a period of two months."
Mana-mana blog yang menulis tentang perihal berita semasa Sngapura sekurang-kurangnya sekali seminggu dalam jangkasamasa dua bulan, dan dilawat sekurang-kurangnya oleh 50,000 alamat IP unik dari Singapura akan dalam masa dua bulan akan dikenakan LESEN - sama seperti portal-portal besar seperti yahoo dan channelnewsasia.
"Under such a licence, the sites will have to put up a performance bond
of S$50,000 and comply within 24 hours with any order by the media
watchdog to take down objectionable content."
Kalau kerajaan tak happy, baik turunkan artikel yang menggangu sanubari mereka itu dalam masa 24 jam, kalau tidak, jadi miskin atau jadi penjawaran. Pilihlah mana satu, demokrasi tetap ada.
"...the government was eyeing the inclusion of overseas-based sites in the
new licensing regime and the passage of the necessary laws to effect
that."
Kerajaan Singapura juga sedang timbangkan undang-undang baru ini dikenakan pada laman-laman web luar negara. Bagaimana mereka mahukan laksanakan undang-undang dalam negeri ke atas peserta luar negeri kita tunggu dan lihat.
Ibu-bapa -- ajarlah anak-anak dan semaikanlah dalam diri kebiasaan membaca Surah Al-Kahfi pada setiap hari Jumaat atau malamnya dan menghafal sepuluh ayat pertama dan terakhir dari Surah ini.
Mengapa?
Kita di dalam Akhir Zaman.
Zaman yang penuh dengan pancaroba dalam bentuk fitnah, dugaan dan bermacam-macam ujian kepada keimanan dan takwa seseorang muslim. Inilah zaman dimana sistem Dajjal laknatullah telah dimanifestasi sebelum keluarnya Dajjal itu sendiri.
Bila Dajjal sendiri telah muncul, godaan nya terlalu hebat sehingga ramai manusia tergelincir imannya menjadi munafik, syirik dan kafir.
Sesungguhnya tanda-tanda akhirul zaman telah CONFIRM terjadi atau sedang kita alami sekarang tidak boleh dinafikan lagi.
Bangunan-bangunan mencakar langit yang berlumba-lumba dibina manusia.
Perempuan-perempuan yang berpakaian sembrono hingga kelihatan telanjang, dan berpakaian seperti lelaki.
Lelaki juga yang berpakaian seperti wanita.
Cepatnya Israel mula naik kuasa dan akan jadi superpower.
Berleluasanya bermacam-macam jenis penipuan terutama sekali dalam bidang kewangan dan riba'.
Ulamak Imam Imran Hossein, yang telah mengkaji Surah Al-Kahfi lebih dari 20 tahun, menganggarkan (Allah lebih mengetahui), kedatangan Imam Mahdi dan kemudian Dajjal, dalam masa 20-25 tahun dari sekarang (2013). Ini bermakna anak-anak kita yang baru lahir atau masih kecil lagi akan dewasa ketika itu. Yang telah remaja dan dewasa sekarang, akan berumur setengah abad ketika itu, dan kita sendiri, mungkin akan menemui Dajjal jika umur panjang. Ini menunjukkan betapa pentingnya amalan Surah al-Kahfi dan penghafalan 10 ayat pertama dan akhir Surah tersebut hari ini.
Malah, ada pengkaji-pengkaji akhirul zaman mengganggarkan Imam Mahdi mungkin muncul dalam masa kurang dari 14 tahun dari sekarang. WallahuAlam.
Kenapa kita tidak boleh tangguhkan lagi amalan dan penghafalan Surah al-Kahfi?
Kerana walaupun Dajjal dalam bentuk fizikal belum muncul, sistem Dajjal telah ada dan dipraktikkan dengan berleluasa tanpa disedari langsung oleh umat manusia, terutama sekali umat Islam. Ini termasuklah sistem sosial dan masyarakat, pemerintahan dan kewangan yang penuh dengan maksiat dan penyelewengan tetapi tetapi dipraktik seperti takda salahnya sistem-sistem ini.
Misalnya, dalam sistem kewangan Dajjal, riba' meleluasa sehingga manusia mendapati susahnya kehidupan jika tidak mendapat pinjaman untuk beli rumah atau kenderaan, atau memulakan perniagaan dari bank-bank Dajjal yang mengenakan riba' yang mencerut leher. Kerana peranan sistem kewangan Dajjal inilah orang kaya jadi semakin kaya, dan yang miskin makin jatuh melarat.
Kalau kita amalkan Surah al-Kahfi, apa yang kita buta tentang dunia akan menjadi celik. Kita akan mula sedar tentang kepincangan keadaan dunia sekarang yang semakin jauh dengan ajaran dan tuntutan Islam. Dari hanya mempunyai 'satu mata' seperti Dajjal kerana mempraktikkan sistemnya, kita akan menjadi celik kedua-dua mata, kerana dengan mata hati kita dapat lihat keadaan dunia sebenarnya.
Dari Abu Hurairah radhiAllahu `anhu, bahawa Rasulullah sallAllahu `alaihi wasallam bersabda:
“Sukakah aku jelaskan kepada kamu tentang Dajjal yang belum pernah dijelaskan oleh seorang nabi kepada umatnya.Sesungguhnya Dajjal itu buta sebelah dan sesungguhnya ia akan muncul
dengan membawa semacam Syurga dan Neraka. Sesuatu yang dikatakan Syurga
oleh Dajjal itu sebenarnya adalah Neraka.” (HR al-Bukhari dan Muslim)
Ketahuilah Syurga yang dibawa Dajjal dan sistemnya dalam bentuk bermacam-macam misalnya kebebasan social, hiburan dan amalan-amalan yang melampaui batas (homoseksual, seks bebas, pergaulan bebas, khayalan kelab-malam dan musik sehingga masa terbuang dari digunakan untuk mengingati Allah, dll) penuh dengan nikmat dunia yang akan membawa kita ke neraka kelak. Itulah syurga Dajjal dan sistemnya yang sebenarnya neraka untuk kita.
Dari An-Nawwas bin Sim`an (النّوّاس بن سمعان) radhiAllahu `anhu berkata:
“Pada suatu pagi Rasulullah sallAllahu
`alaihi wasallam menceritakan tentang Dajjal. Di dalam bercerita itu,
Baginda merendahkan dan mengeraskan suaranya sehingga kami mengira
bahawa Dajjal itu berada di tengah-tengah kebun kurma. Ketika kami ke
kebun, Baginda mengetahui maksud kami, kemudian Baginda bertanya, “Apa
maksudmu?” Kami menjawab, “Wahai Rasulullah, tadi engkau menceritakan
tentang Dajjal dan dalam bercerita itu engkau merendahkan dan
mengeraskan suara sehingga kami mengira Dajjal berada di tengah-tengah
kebun kurma.”
Baginda bersabda, “Selain Dajjal ada yang
lebih aku khuatirkan. Jika Dajjal keluar sedangkan aku masih berada di
tengah-tengah kamu sekalian nescaya cukup aku sahaja yang melawannya
tanpa kamu. Jika Dajjal keluar sedangkan aku sudah tidak berada di
tengah-tengah kamu sekalian maka masing-masing mesti mempertahankan
dirinya sendiri. ALLAH sebagai gantiku di dalam melindungi setiap
Muslim.
Dajjal itu adalah seorang pemuda yang
berambut kerinting, matanya agak menonjol keluar. Kalau boelh aku
mengumpamakan, dia itu seperti `Abdul `Uzza bin Qathan. Barangsiapa di antara kalian menjumpainya maka hendaklah membaca
permulaan surah al-Kahfi kepadanya...”
Dari Hadis Muslim (809):“Barangsiapa yang menghafaz sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, pasti terlindung daripada Dajjal.”
Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat dari
surat Al-Kahfi, ia tidak akan terkena bahaya fitnah Dajjal, barangsiapa
yang membaca seluruh ayatnya ia akan masuk surga.” Hadis ini bersumber
dari Sammarah bin Jundab dari Nabi saw. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3:
242)
Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang menjaga sepuluh ayat dari
surat Al-Kahfi, ia akan memiliki cahaya pada hari kiamat.” Hadis ini
bersumber dari Abu Darda’ dari Nabi saw. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3:
243)
Rasulullah saw bersabda:“Barangsiapa yang membaca surat Al-Kahfi pada
hari Jum’at, ia akan terjaga hingga tahun berikutnya dari setiap fitnah,
dan jika Dajjal keluar ia akan terjaga darinya.” Hadis ini bersumber
dari Said bin Muhammad Al-Jurmi dari ayahnya dari kakeknya dari Nabi
saw. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 243)
Imam Muslim meriwayatkan dari hadits al-Nawas bin Sam’an yang cukup
panjang, yang di dalam riwayat tersebut Rasulullah shallallahu 'alaihi
wasallam bersabda, “Maka barangsiapa di antara kamu yang mendapatinya
(mendapati zaman Dajjal) hendaknya ia membacakan atasnya ayat-ayat
permulaan surat al-Kahfi.”
Nabi saw bersabda;"Barangsiapa yang menghafaz 1-10 ayat dari surah Al-Kahfi di pelihara dan di selamatkannya dari Fitnah Dajjal ‘. (Diriwayatkan oleh Ahmad dan
Muslim, An-Nasaie)
Dalilnya adalah hadits dari Abu Darda radliallahu `anhu dari Nabi berkata:
“Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat pertama dari surah Al- Kahfi terjaga dari fitnah Dajjal.” (HR. Muslim, Abu Dawud, Nasai, Tirmidzi)
Pada lafadz Tirmidzi: “Barangsiapa menghafal tiga ayat dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.” Dia berkata: “Hadits hasan.”
Pada hadits yang diriwayatkan dari Imam Ahmad dari Abu Darda radliallahu
`anhu bahwa Nabi SAW berkata; “Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat
terakhir dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Hadits tersebut juga diriwayatkan oleh Muslim dan Nasai dari Qatadah radliallahu `anhu.
Dan pada lafadz Nasai menyatakan:
“Barangsiapa membaca sepuluh ayat (mana saja) dari surah Al-Kahfi akan terjaga dari fitnah Dajjal.”
Pada hadits yang marfu’ dari Ali bin Abi Thalib:
“Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jum’at maka ia akan
dijaga dari setiap fitnah sampai delapan hari walaupun Dajjal keluar ia
akan tetap terjaga dari fitnahnya."
Dalam kita mengharungi hari-hari yang mencabar dan bertembung dengan bermacam-macam jenis manusia termasuk setan dan dajjal kecil yang bertopengkan manusia di akhirul zaman ini, Allah yang Maha Penyayang dan Maha Mengasihani telah menghadiahkan kita satu perisai yang sangat mujarab - Surah Al-Kahfi.
Bacalah 10 ayat pertama Surah Kahfi bila menghadapi sebarang kesulitan atau kekelutan yang berkaitan dengan fitnah akhir zaman/zionis/dajjal. Misalnya, bila kita ke negara kafir, dan kerana kita orang Islam kita dilayan dengan sewenangnya atau dianiyai hanya kita berjanggut atau bertudung. Dari jauh kita perhatikan pegawai immigrasi tengok kita lain macam. Mulalah baca 10 ayat tadi kalau sempat. Kalau tidak, memadai dengan ayat yang ke-10 bermula dengan Rabbanaa..:
...Rabbanaa Aatina mil-ladunka rahmatau wahaiyyi' lana min amrina rasyaada.
[...Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)]Read more...
Singa dan Harimau akan mengaum semula...
bersama...
dalam hutan belantara Nusantara dalam satu kekalifahan Islam yang pasti akan datang...
walau apa pun musuh-musuh mereka merancang, Allah yang menentukan.